03-87601287

THANAWI KIBLAH

PENGENALAN PROGRAM PENGAJIAN THANAWI KIBLAH

 

Program Thanawi Kiblah mula diasaskan pada tahun 2016 dan memulakan kelas pengajian untuk generasi pertama pada Januari 2017. Kursus ini adalah untuk pelajar-pelajar lepasan SPM / SMA dalam tempoh 7 bulan pengajian ( 2 semester ). Menggunakan silibus KY dan bahasa pengantar pengajian ialah Bahasa Arab sepenuhnya. Silibus KY diiktiraf dan diselia oleh pihak Universiti Islam Madinah, Arab Saudi.

Diakhir pengajian, pelajar yang cemerlang berjaya mendapat SIJIL PERINGKAT THANAWI yang diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah dan Kementerian Pendidikan Arab Saudi. Dengan sijil ini pelajar yang telah diterima melanjutkan pelajaran di sana layak meneruskan pengajian mereka terus ke tahun 1 pengajian ijazah sarjana muda.

 

KEISTIMEWAAN PROGRAM THANAWI KIBLAH

 

  • Pelajar yang cemerlang mempunyai peluang yang cerah untuk melanjutkan pelajaran mereka terus ke tahun 1 pengajian ijazah sarjana muda di universiti-universiti di Arab Saudi dengan biasiswa penuh.
  • Kursus sepenuhnya dalam Bahasa Arab ( bahasa pengantar dan silibus )
  • Penekanan dalam Bahasa Arab Komunikasi ( perbualan )
  • Silibus diselia dan diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah dan Kementerian Pelajaran Arab Saudi
  • Tenaga pengajar yang berpengalaman
  • Penekanan subjek-subjek utama dalam Islam seperti : usuluddin, usul fiqh, ulumul quran, ulum hadith
  • Pelajar wajib menghafal paling sekurang-kurangnya 5 juzuk Al Quran dalam masa 7 bulan

 

SYARAT KEMASUKAN THANAWI KIBLAH

 

  • Lulusan Sekolah Kiblah dan berjaya mendapat Sijil KY
  • Memiliki asas Al Quran yang baik
  • Memiliki sijil SPM ( percubaan digunapakai ) / SMA / SMU / Sijil KY
  • Umur tidak melebihi 23 tahun semasa memohon
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat C dalam Bahasa Arab ( SPM )
  • Lulus temu duga ( lisan/bertulis ) di Sekolah Kiblah

 

YURAN THANAWI KIBLAH

 

PERKARA THANAWI KIBLAH
Pengesahan Tempat (baru sahaja) 200
Pendaftaran 1000
Bulanan 600
JUMLAH KESELURUHAN 1800

 

PENDAFTARAN TEMU DUGA

 

 *Temu duga berlangsung setiap hari bermula jam 9.00 am – 3.00 pm.