03-87601287

SRI KIBLAH, KOTA BHARU

PENGENALAN SRI KIBLAH, KOTA BHARU ( SKKB )

SKKB ditubuhkan pada tahun 1993 hampir 27 tahun pengalamannya telah menjana sistem pendidikan yang bersepadu dan holistik di peringkat sekolah rendah dalam melahirkan jiil Al-Quran yang bermanhaj, cemerlang, berdaya saing global, glokal dan universal.

Misi SKKB ialah melahirkan generasi muttaqin yang bukan sahaja cemerlang akademik (KPM, tahfiz & Diniyah), tetapi bersahsiah unggul serta pencapaian yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Kini, SKKB telah melahirkan murid-murid yang telah mencapai kejayaan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa dalam profesion kerjaya masing-masing (alumni).

 

KELEBIHAN MEMILIH SKKB

  • Tenaga  Pengajar yang bertauliah, komited dan dedikasi mendidik
  • Sijil UPSR diiktiraf Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  • Sijil UPSRI & UPSRIP diiktiraf YAKIN, PERSIAP, YIK, MAIK dan setanding UPKK (KPM)
  • melahirkan 2  orang 6A, 2 orang 5A, 1 orang 3A dan 6 orang 2A dalam UPSR daripada 34 calon (2018)
  • Melahirkan 1 orang murid 8A dalam UPSRIP (Sijil Agama peringkat negeri) – 2019
  • Melahirkan 19/53 (36%) orang murid 7A dalam UPSRI (Sijil Agama peringkat sekolah) – 2019
  • Berpeluang menyambung pengajian peringkat Pra-Madinah selepas UPSR. Sijil diiktiraf Universiti Islam Madinah
  • 3 orang pelajar berjaya menyambung pengajian di Universiti Islam Madinah (2019)
  • Berpeluang melanjutkan pelajaran dengan Skim Tajaan Biasiswa (100%) & Dermasiswa (50%) peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat universiti
  • Penglibatan & Pencapaian dalam Kosukan & Koakademik (futsal, memanah, badminton, tilawah & hafazan al-Quran, robotik, pidato bahasa Arab & bahasa Inggeris, dll) yang standard & diiktiraf:
      • menjuarai futsal peringkat negeri (2019)
      • menjohani tilawah dan hafazan peringkat negeri (2018 & 2019)
      • tempat ketiga dalam sukan memanah dan pingpong peringkat negeri (2019)
      • tempat ke-4 dalam storytelling Bahasa Inggeris peringkat negeri (2019)
      • tempat ketiga dalam pidato Bahasa Arab peringkat negeri (2019) dan banyak lagi..

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 7 tahun bagi sesi pembelajaran darjah 1
  • Lelaki / Perempuan

 

YURAN PENGAJIAN

PERKARA JUMLAH
Yuran Pendaftaran 100
Yuran Tahunan 200
Yuran Bulanan 220
Sumbangan KIBG 20
Sumbangan Buku Teks 50
Yuran Kokurikulum 15 bagi darjah 3 – 6 sahaja
Yuran Lain-lain

20

  

LOKASI KAMI

No 691, Jalan Telipot, Paya Senang, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

GPS : 6.1031596,102.2457248

  

HUBUNGI KAMI

# Pejabat ( 09-7471703 )

# Cikgu Suhaina ( 013-4424030 )

# Cikgu Azmira ( 019-9238971 )

https://www.facebook.com/SRIKiblahKB

 

PENDAFTARAN TEMU DUGA