SEKOLAH KIBLAH
PENGENALAN
Sekolah Kiblah diasaskan pada tahun 1992 dan kini sudah pun berusia 28 tahun menceburi bidang pendidikan. Sebuah sekolah yang beroperasi secara swasta penuh terletak di Jenderam Heights, Sepang Selangor. Berdaftar secara sah dengan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM )
Mengamalkan sistem pendidikan bersepadu dengan memberi penekanan terhadap akademik KSSM, Agama, Tarbiyyah Islamiyyah, Bahasa Arab dan pembangunan jati diri pelajar. Sebuah sekolah berasrama penuh dan mempunyai potensi dan ruang besar kepada seluruh warga pendidik untuk menabur khidmat dan menjalankan proses pentarbiyahan setiap masa
KELEBIHAN MEMILIH SEKOLAH KIBLAH
- Yuran pembelajaran / asrama yang sangat berpatutan
- Melangkaui 28 tahun pengalaman dalam pendidikan
- Lokasi kami yang sangat strategik
- Sistem pendidikan bersepadu antara KSSM, Agama, Penghayatan Islam dan pembangunan diri
- Kurikulum agama Kiblah diiktiraf oleh Universiti Islam Madinah, Arab Saudi
- Tenaga pengajar yang komited dan berpengalaman
- Penilaian yang bersifat holistik ( 3D )
- Asrama penuh
- Prasarana yang mengcukupi dan baik
- Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia
SYARAT KEMASUKAN SEKOLAH KIBLAH
Kemasukan Ke Tingkatan 1 dan 2:
-
-
- Lulus UPSR / PSRA
- Lulus Temu duga Lisan Dan Bertulis Di Sekolah Kiblah
- Mempunyai asas Al-Quran dan Jawi
- Surat Pengesahan Disiplin Sekolah Lama ( Bagi Tingkatan 2, 3 dan 4 sahaja )
-
- Kemasukan Ke Tingkatan 3,4 dan 5:
-
- Mempunyai asas Bahasa Arab, Al Quran dan Jawi
- Lulus Temu duga Lisan Dan Bertulis Di Sekolah Kiblah
- Surat Pengesahan Disiplin Sekolah Lama
-
YURAN SEKOLAH KIBLAH
Papar/Muat turun jadual yuran mengikut tingkatan ( muat turun )
PENDAFTARAN TEMU DUGA
* Temu duga berlangsung setiap hari ( Isnin-Ahad ) bermula 9.00 am – 3.00 pm ( kecuali Hari Krismas dan Cuti Tahun Baru )