MAAHAD TAHFIZ
PENGENALAN
Maahad Tahfiz Kiblah telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) no:S (010197) KJ di bawah enakmen No:2 Tahun 1988. Ia adalah sebuah institusi pengajian swasta yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Bahasa Arab dan kefahaman Agama Islam dan dikelolakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).
Mulai Ogos 2004, pengurusan Maahad ini telah membuat satu perubahan dan menyusun semula sistem pengajian Al-Quran dengan hasrat pada masa hadapan nanti Maahad ini mampu bertaraf peringkat Diploma (Pengkhususan Qiraat) serta berdaya saing tinggi dengan institut-institut Tahfiz tempatan yang lain. Untuk itu, satu penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Tahfiz Al-Quran telah dilakukan.
Hasil daripada penilaian itu, lima aspek utama dalam proses berkenaan mesti diberikan penekanan iaitu pemantapan bacaan (Tajwid) dan makhrajal huruf, pengukuhan hafalan ( Tahfiz ) dengan secara (Talaqqi) dan musyafahah dengan guru , pengulangan berterusan (Taqrir) dengan kaedah murajaah sabqi dan mukhtar , dan pemurnian bacaan dengan penulisan Al-Quran (Tahriri). Kesemua aspek ini dikenali sebagai “ Kaedah 5TKiblah”. ( TAJWID,TAHFIZ,TALAQQI,TAQRIR,TAHRIRI ).
MODEL TAHFIZ KIBLAH ( SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ KIBLAH )
Maahad Tahfiz Kiblah mengamalkan sistem pengajian bersepadu yang menggabungkan 3 elemen berikut :
- Kurikulum Tahfiz Kiblah ( target hafazan 30 juzuk Al Quran dengan tempoh masa kurang dari 4 tahun dengan penilaian Hifz,Tahriri dan Tajwid )
- Kurikulum YAKIN ( kurikulum agama) yang diiktiraf dan diselia oleh Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan penekanan Bahasa Arab yang mantap
- Asas Akademik KSSM ( 3 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik ) sebagai persedian untuk Sijil Pelajar Malaysia SPM (Dengan program Fast Track SPM di Tingkatan 5)
SYARAT KEMASUKAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
- Pelajar berumur 13-17 tahun ( semasa memohon )
- Pelajar berumur 16 tahun dan ke atas hanya akan diterima sekiranya sudah mempunyai rekod hafazan sekurang-kurangnya 10 juzuk
- Mempunyai asas bacaan Al Quran yang baik
- Surat akuan disiplin daripada sekolah sebelumnya ( hanya yang berumur 14 ke atas sahaja )
- Lulus temu duga lisan dan bertulis di Maahad Tahfiz Kiblah
PENSIJILAN TAHFIZ
- Sijil Tamat Hafazan Al Quran 30 juzuk – MTK secara Talaqi dan Musyafahah ( Kurang dari 4 tahun )
- Sijil Kemahiran Malaysia (SKM Tahap 3 ) BIDANG Pengajaran Tahfiz / Pengurusan Tahfiz / Pengurusan Masjid )
- Ithbat Hafazan PITAS
- Ithbat Hafazan JAIS
- Tambahan 1 tahun Sijil Tahfiz Malaysia ( STM ) JAKIM
- Tambahn 1 tahun Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) melalui program Fast Track SPM di Sekolah Kiblah
- Syahadah Hifzul Quran bersanad dari Syaikh Abdul Rasyid dan Syeikh Dr Umar Mukhtar ibrahim
- Ijazah Sanad – International Academy, Al Quran, Riyard (IQA)
HALA TUJU MAAHAD TAHFIZ
YURAN MAAHAD TAHFIZ KIBLAH
Papar/Muat turun jadual yuran mengikut tingkatan ( muat turun )
PENDAFTARAN TEMU DUGA
*Temu duga berlangsung setiap hari ( Isnin-Ahad ) bermula 9.00 am – 3.00 pm ( kecuali Hari Krismas dan Cuti Tahun Baru )