KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN KIBLAH (KPKK)
PENGENALAN KOLEJ PROFESIONAL KEMAHIRAN (KPKK)
Kolej Profesional Kemahiran Kiblah diasaskan pada Jun 2020 berdedikasi untuk menyediakan pendidikan dan latihan yang terbaik kepada pelatih kami dengan cara melengkapkan mereka dalam bidang kemahiran yang mereka minati dan kerjaya yang mengikut pasaran terkini.
KPKK ditauliahkan pada 15 December 2020 adalah satu institusi yang memberi fokus terhadap kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran khususnya dalam sektor kemahiran dan pengajian Islam bagi memartabatkan institusi Islam di Tanah Air. Pasaran pekerjaan yang kompetitif hari ini memerlukan pekerja yang terlatih dengan baik dengan akhlak yang murni, oleh itu KPKK ditubuhkan bagi melahirkan pelatih-pelatih yang terampil dan profesional.
Kolej Profesional Kemahiran Kiblah (KPKK) komited untuk memberikan pendidikan praktikal untuk mempersiapkan pelatih terampil dalam dunia pekerjaan.
MISI
Melahirkan pelatih berkemahiran dan kompeten dalam kefahaman agama dengan menerapkan nilai-nilai murni di alam pekerjaan.
VISI
Menjadikan Kolej Profesional Kemahiran Kiblah Peneraju bagi program kemahiran yang berasaskan kepada agama Islam bertaraf antarabangsa.
PROGRAM YANG DITAWARKAN:
KPKK menggunakan kurikulum pemetaan diantara Kurrikulum Yakin (KY) dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah mendapat kelulusan oleh panel-panel Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Hasil dari pemetaan ini, Kolej Profesional Kemahiran Kiblah adalah satu-satunya pusat bertauliah nombor satu di Selangor yang menawarkan pengajian selama setahun:
1. Pengurusan Masjid
2. Pengajaran Tahfiz
3. Pengurusan Tahfiz
SYARAT KEMASUKAN:
1. Beragama Islam
2. Berumur 16 tahun dan keatas
3. Sekurang-kurangnya menguasai hafalan Juz 30 & Juz 1-9
4. Mempunyai asas fardu ain
5. Boleh menulis dan membaca
6. Lulus temuduga
YURAN
Pendaftaran | RM 1,400 |
Yuran kursus | RM 6,000 (Setahun) |
Yuran makan | RM 200 (Setiap bulan) |
Yuran Asrama | PERCUMA |
Penyediaan Portfolio | RM 300 (dibayar pada akhir latihan) |
Yuran graduasi | RM 500 (dibayar pada akhir latihan) |
*yuran pendaftaran merangkumi: Uniform Pelatih, Pendaftaran pelatih di sistem JPK, Buku Nota, Buku Teks agama, persediaan penilaian portfolio, dan lain-lain
MODUL PROGRAM:
Pengurusan Masjid
Modul 1 & 2: Pengajaran Tahfiz Al-Quran dan Tajwid (Juz 1-4 & Juz 5-9)
Modul 3: Pengimarahan Masjid & Tarannum
Modul 4: Pengajaran Asas Fardhu Ain
Modul 5: Khidmat Masyarakat
Modul 6: Aplikasi IT
Modul 7: Penyelenggaraan Infrastruktur dan Prasarana
Pengajaran Tahfiz
Modul 1,2,3: Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz dan Tajwid (Juz 30, 1-3 & Juz 4-6 & Juz 7-9)
Modul 4: Pelaksanaan Pengajaran Asas Fardhu Ain
Modul 5: Pelaksanaan Disiplin Ibadah Dan Riadah
Pengurusan Tahfiz
Modul 1 & 2: Pelaksanaan Pengajaran Tahfiz dan Tajwid (Juz 30, 1-4 & Juz 5-9)
Modul 3: Pelaksanaan Pengajaran Asas Fardhu Ain
Modul 4: Pengurusan Khidmat Protokol dan Etiket
Modul 5: Pengurusan Penempatan dan Keselamatan
Modul 6: Penyeliaan Infrastruktur dan Prasarana