PENGENALAN

Maahad Tahfiz Kiblah telah ditubuhkan pada tahun 1996 dan didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) no:S (010197) KJ di bawah enakmen No:2 Tahun 1988. Ia adalah sebuah institusi pengajian swasta yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Bahasa Arab dan kefahaman Agama Islam. Ia dikelolakan oleh Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN).


Mulai Ogos 2004, pengurusan Maahad ini telah membuat satu perubahan dan menyusun semula sistem pengajian Al-Quran dengan hasrat pada masa hadapan nanti Maahad ini mampu bertaraf peringkat Diploma (Pengkhususan Qiraat) serta berdaya saing tinggi dengan institut-institut Tahfiz tempatan yang lain. Untuk itu, satu penilaian terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Tahfiz Al-Quran telah dilakukan.


Hasil daripada penilaian itu, tiga aspek utama dalam proses berkenaan mesti diberikan penekanan iaitu pengukuhan hafalan ( Tahfiz ) & pemantapan Tajwid secara Talaqqi. Kesemua aspek ini dikenali sebagai “ Kaedah 3T Kiblah”.

 

MODEL TAHFIZ KIBLAH ( SISTEM PENDIDIKAN TAHFIZ KIBLAH )

Maahad Tahfiz Kiblah mengamalkan sistem pengajian integrasi bersepadu yang menggabungkan 3 elemen berikut :

  • Kurikulum Tahfiz Kiblah ( target hafazan 30 juzuk Al Quran )
  • Kurikulum YAKIN ( mata pelajaran Bahasa Arab dan agama )
  • Asas KSSM ( 3 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik )

 

MATLAMAT

Melahirkan generasi muda yang menghafaz Al-Quran sebanyak 30 juzuk dengan dhabit ( mantap ) dan bertajwid serta memiliki pengetahuan dan kefahaman asas agama dan Bahasa Arab.

 

MISI

  • Berusaha meningkatkan prestasi hafazan dengan dhobit dan menguasai pengajian agama
  • Menerapkan kefahaman & penghayatan manhaj yang sahih dalam diri
  • Membina & memantapakan akhlak, ketrampilan dan jati diri setiap pelajar.
  • Meningkatkan kualiti & kuantiti pelajar maahad tahfiz kiblah setiap tahun

 

TEMPOH MASA

  • 5 tahun bagi peringkat sijil ( maksimum )
  • 1 tahun bagi peringkat Sijil Tahfiz Malaysia ( STM ) - Pilihan

 

 

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00