INTERNATIONAL WORKSHOP & COMPETITION ROBOTIC FOR PREPARING WORLD CHAMPION

Pasukan Robotik Sekolah Kiblah, telah menyertai International Workshop & Competition Robotic For Preparing World Champion pada 26 hingga 30 Januari di Cilacap, Jawa Tengah, Indonesia. Pasukan perempuan yang menyertai kategori Basic Underwater Robotic telah memenangi pingat emas, manakala pasukan lelaki yang menyertai kategori Advance Underwater Robotic telah meraih pingat perak. Para peserta dinilai berdasarkan kekemasan robot, idea dan konsep, serta kepantasan robot menyelesaikan tugasan.

Write comment (0 Comments)

LAWATAN YB. SERI HAMZAH BIN ZAINUDDIN, MENTERI KPNKK

Selasa, 3 Januari 2017 Sekolah Kiblah telah menerima kunjungan hormat Yang Berhormat Dato' Seri Hamzah Zainuddin, Menteri di Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ). Beliau merupakan salah seorang pengasas terawal Sekolah Kiblah. Yang Berhormat Dato' tiba pada jam 2.30 petang dan beliau dibawa melawat kawasan sekolah termasuklah dewan utama, asrama, kantin, makmal komputer, perpustakaan, makmal sains, bengkel kemahiran dan lain-lain.

Write comment (0 Comments)
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( FEBRUARI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00