PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI ISLAM MADINAH : Pada 26 April 2017, Sekolah Kiblah sekali lagi melakar sejarahnya sendiri apabila didtatangi oleh 2 orang pensyarah kanan daripada Universiti Islam Madinah Arab Saudi, Dr Fahd Al Ahmadi dan Dr Husin bin Nafa’. Kedua-dua mereka dihantar oleh pihak Universiti Islam Madinah ke Sekolah Kiblah untuk membuat penilaian akhir terhadap usaha sekolah ke arah pengiktirafan Sijil Kurikulum YAKIN ( KY ) yang menjadi tonggak dan keistimewaanya selama ini.

Usaha pengikitrafan ini bermula sejak setahun yang lalu dan pihak Sekolah Kiblah amat bersungguh-sungguh memperluaskan jaringan pendidikan ini. Dengan adanya pemgiktirafan tersebut, Sekolah Kiblah mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mana-mana institusi pendidikan berprestij di serata dunia. Dan yang paling utama ialah hala tuju para pelajar menjadi semakin jelas dan membuka peluang yang luas kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Alhamdulillah, mereka tiba di Sekolah Kiblah pada jam 2.45 ptg dan setibanya di sini, mereka diberikan penerangan ringkas tentang Sekolah Kiblah dan ditunjukkan kepada mereka perkembangan positif Kiblah sejak dahulu hingga sekarang. Setelah itu mereka membuat lawatan ke kelas-kelas pengajian dan bertemu dengan pelajar serta beramah mesra. Kedua-dua tetamu amat berasa bangga atas usaha gigih pihak sekolah menceburi bidang pendidikan yang dilihat sebagai bidang dakwah terbaik ke arah menyebarkan Islam ke serata tanah air.

Sebelah malamnya, mereka berdua meluangkan masa untuk mengadakan temuduga tertutup untuk pelajar-pelajar Pra Madinah Sekolah Kiblah. Temuduga ini adalah salah satu prosedur universiti untuk menerima para pelajar untuk belajar di Universiti Islam Madinah. Seramai 13 orang pelajar lelaki Pra Madinah Sekolah Kiblah mengikuti temuduga ini dan Alhamdulillah, kedua-dua tetamu amat seronok dapat mengenali para pelajar Kiblah dan mereka semua.
Semoga Allah memberikan laluan yang mudah kepada pelajar-pelajar kami untuk menyambung pelajaran mereka di sana dan seterusnya kembali semula ke tanah air menabur bakti kepada anak bangsa. Amiiin, Ya Rabbal Alamin….hanya kepada-Mu kami memohon petunjuk.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00