MAJLIS HARI GURU RAYA : Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Hari Guru Raya pada Sabtu, 15 Jun 2019 yang lalu. Majlis dimulakan pada 8 pagi dengan ketibaan para guru dan tetamu jemputan. Kemudian majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Thaha bin Mohd Yusof, Pengarah Operasi Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang majlis ialah pertunjukan gimik oleh para pelajar, deklamasi sajak, permainan kerusi muzikal, jamuan hari raya, ucapan raya daripada seluruh warga kiblah dan majlis ramah mesra dengan semua para hadirin.

Pada kesempatan program Guru Raya ini, Ydp KIBG, Tn Hj Dato' Taharuddin bin jamaluddin memberikan ucapan selamat hari raya dan hari guru kepada semua hadirin di Konti Kiblah Fm. Dan yang menarik, satu temu ramah eksklusif bersama Pengarah Urusan telah diadakan secara langsung di Konti Radio Kiblah Fm dan di temu ramah oleh Dj Didie, Dj Ika, Dj AA dan Dj M.

Semoga majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga Kiblah.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( NOVEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00