LAWATAN DELEGASI QATAR : Pada hari Rabu 17 April 2019, Sekolah dan Maahad tahfiz Kiblah menerima kunjungi hormat daripada delegasi Qatar. Delegasi ini diketua oleh Syeikh Thariq Ali Al Ansariy ( Director Of International Technical Coorperation Department, Ministry Of Foreign Affairs, Qatar ). Turut serta dalam ziarah bermakna ini ini Duta Besar Qatar di Kuala Lumpur, Syeikh Fahd Kafoud dan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Qatar. Seramai 10 orang pegawai yang menyertai lawatan ini.

Turut serta menyambut kehadiran tetamu-tetamu kehormat ini ialah Tan Sri Dato' hashim bin Meon, Pengerusi YAKIN, Dr. Fauzi Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah YAKIN, Ust. Dr Ismail Omar, Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Razak Abdullah, CEO Arasreka, Tn Hj Thaha bi Mohd Yusof dan guru-guru.

Tujuan lawatan ini ialah mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Kiblah dan pihak-pihak berkepentingan daripada kerajaan Qatar selain membincangkan secara serius pembinaan Pusat bahasa Arab Kiblah di Jenderam. Semoga dengan lawatan menjadi titik mula Kiblah ke arah perkembangan positif yang lebih baik pada masa akan datang.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( MEI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00