ANUGERAH KEDOKTORAN KEHORMAT : Seluruh warga Kiblah mengucapkan jutaan tahniah kepada Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Dr. Ust. Ismail Omar di atas pengiktirafan dan anugerah Doctor Of Philosophy in Social Work yang membawa gelaran " Doktor " yang diberikan kepada beliau oleh The International Universiti Of Peace, iaitu sebuah universiti yang berpusat di San Jose, Costa Rica dan bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Majlis pengiktiran itu diadakan pada 17 Februari 2019 di Concorde Hotel Shah Alam. Seramai 21 orang daripada pelbagai pertubuhan kemanusian telah dianugerahkan gelaran Doktor di atas jasa-jasa kemanusiaan dan kebajikan yang telah dihulurkan.

Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Ismail , mantan Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat turut hadir memeriahkan lagi majlis pengiktirafan ini dan seterusnya berkesempatan menyampaikan sijil penganugerahan kepada semua penerima. Turut hadir mengiringi Dr. Ust. Ismail Omar ialah Pengarah Operasi, Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof, En. Zulkefly Othman, En. Rosdi Embong dan En Alif Azizi Zainon.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( MEI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00