PENUTUP ORIENTASI DAN TAKLIMAT JABATAN 2019 : Hari Sabtu 19 Januari 2019, program Majlis Penutup Orientasi dan Taklimat ketua-ketua Jabatan telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Utama Sekolah & Maahad Tahfiz Kiblah. Majlis kali ini juga dihadiri oleh ibu bapa dan penjaga pelajar. Majlis dimulakan sejurus sahaja tibanya tetamu kehormat ke Dewan Utama. Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Pengarah Urusan sendiri, Tuan Haji Ismail bin Omar, Tuan Haji Thaha bin Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Tuan Haji Fahimi bin Faisal, Pengarah Kewangan dan Ustaz Faridullah selaku wakil daripada Dakwah Book Store.

Antara pengisian Majlis Penutup Orientasi ini adalah ucapan Pengetua, penyampaian hadiah dan dan taklimat Hal Ehwal Pelajar oleh Timbalan Ketua Jabatan HEP, Cikgu Rokman bin Mohd Lawi. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar baru dan pelajar Pra Madinah sesi pembelajaran 2019. Majlis diteruskan pula dengan taklimat Ketua-Ketua Jabatan yang menjelaskan serba sedikit fungsi dan keistimewaan jabatan-jabatan yang bernaung di bawah pengurusan Sekolah. Sesi taklimat berakhir dengan rumusan oleh Tuan Haji Ismail bin Omar, Pengarah Urusan Kiblah. Majlis berakhir sekitar jam 12.45 tengahari.

Comments powered by CComment

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( FEBRUARI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00