HARI PENDAFTARAN PELAJAR SESI PENGAJIAN 2019 - Bermula seawal jam 9.00 pagi, pendaftaran pelajar baru telah dijalankan di perkarangan bangunan akademik Sekolah Kiblah. Terdapat sesetengah ibu bapa tiba lebih awal untuk mengelakkan kesesakan yang dijangka berlaku menjelang tengahari. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik semua pihak, urusan pendaftaran pelajar-pelajar sesi pagi berjalan dengan lancar hingga jam 1.00 petang.

Sesi petangnya pula adalah pendaftaran pelajar-pelajar lama. Ada segelintir ibu bapa pelajar lama terpaksa datang lebih awal di sebelah pagi kerana terdapat urusan pendaftaran pelajar di tempat yang lain pula. Kali ini kerjasama ibu bapa amat baik ditambah pula dengan layanan mesra para petugas yang terdiri daripada guru-guru dan seluruh kakitangan sokongan sekolah. Pendaftaran berlangsung hingga jam 6.00 petang. Selamat datang kepada semua pelajar dan kepada pelajar baru, selamat menempuh alam kehidupan di asrama. Selamat berjaya.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( MEI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00