FUTSAL PIALA TAN SRI DATO' HASHIM MEON : Isnin 17 Sept 2018 pertandingan futsal Piala Tan Sri Dato' Hashim Meon, Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) telah diadakan di gelanggang Galaxy Futsal, Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi. Empat buah bas disewa untuk membawa kesemua peserta ke pertandingan tersebut yang bermula dari jam 8.30 pg dan berakhir pada jam 2.00 ptg.

Pertandingan juga dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan penyertaan keluarga beserta guru-guru dalam perlawanan silaturrahim. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Hj Thaha Mohd Yusuf, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Acara futsal ini khas untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja manakala pelajar-pelajar perempuan bertanding merebut Piala YDP Kelab Ibu Bapa & Guru dalam acara badminton di Nilai, Negeri Sembilan. Tahniah kepada semua yang menjayakannya dan tahniah sekali lagi kepada pasukan yang menang.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00