MOU ANTARA AKADEMI AL QURAN YAKIN ( AQY ) DAN INTERNATIONAL QURAN ACADEMY ( IQA ) : Satu memorandum persefahaman ( MOU ) telah ditandatangangi dengan jayanya pada Jumaat 20 Julai 2018 antara Akademi Al Quran YAKIn ( AQY ) dan pihak International Quran Academy ( IQA ) dan berlangsung di Bilik Seminar Kompleks Pendidikan YAKIN, Jenderam Heights, Sepang Selangor.

Akademi Al Quran YAKIn ( AQY ) diwakili oleh Pengarah Eksekutif YAKIN, Tn Hj Ust. Ismail Omar dan pihak International Quran Academy ( IQA ) diwakili oleh naib pengerusinya, As Syeikh Dr Sulaiman Saed As Syahraniy. Persefahaman ini merangkumi usaha sama antara kedua-dua belah pihak khususnya bidang pengajian Al Quran yang melibatkan kemahiran tenaga pengajar dan pelajar.

Majlis ini dihadiri oleh sebilangan besar guru-guru kanan dan timbalan-timbalan ketua jabatan serta guru-guru. Semoga dengan peersefahaman ini memberi kesan yang positif terhadap perkembangan kedua-dua belah pihak pada masa akan datang.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKTOBER & NOVEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00