LAWATAN KERJA KE MEDAN INDONESIA : Tanggal 9-11 Julai 2018, seramai 8 orang warga Yyasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) dan Kiblah telah membuat lawatan kerja selama 2 hari ke Medan Indonesia. Lawatan ini boleh dianggap sebagai satu lawatan penanda aras di mana banyak pengalaman dan hubungan yang baik boleh dijalinkan dengan institusi-institusi pendidikan di sana.

YAKIN diwakili oleh pengerusinya sendiri, Tan Sri Dato' Hashim Meon dan isteri, Pengarah Eksekutif, Ust Ismail bin Omar manakala Sekolah Kiblah diwakili oleh Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof, Pn Zruriah bt Seman, Cikgu Zulkefly Othman, Ustaz Rosdi bin Embong, Ustaz Syed Hasan Syed Omar, Ustaz Ramadhani Ali Murtala dan Ustaz Nasron bin Kamaruddin.

Rombongan ini sempat membuat lawatan rasmi ke Yayasan Ar Risalah, Sekolah Tinggi Agama Islam ( STAI ) As Sunnah, Rumah Quran Aisyah RA dan Pesantren Raudhatul Hasanah. Pada kesempatan lawatan ini, pihak Kiblah banyak menimba pengalaman dan saling berkongsi maklumat yang ada antara pihak YAKIN/Kiblah dan institusi-institusi pendidikan di sana.

Acara kemuncak lawatan ialah majlis menandatangani kerjasama persefahaman ( MoU ) antara YAKIN / Kiblah dan Yayasan Ar Risalah / STAI As Sunnah. MoU ini disempurnakan sendiri oleh Pengerusi YAKIN, Tan Sri Dato' hashim Meon dan Pengerusi Ar Risalah, Ustaz Muslim. Semoga dengan lawatan ini, Kiblah akan terus maju pada masa akan datang.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKTOBER & NOVEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00