PELANCARAN LOGO BARU DAN KURIKULUM KY SRI KIBLAH KOTA BARU : Sabtu, 4 November 2017, telah diadakan Majlis Pelancaran Logo Baru dan Kurikulum YAKIN bagi sekolah rendah di SRI Kiblah Kota Bharu Kelantan. Majlis bersifat karnival ini diadakan selama sehari dan dikunjungi oleh penduduk setempat terutamanya para ibu bapa pelajar. Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ucapan alu-aluan Tn Hj Mohd Thaha bin Yusof, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah seterusnya perasmian logo baru Sri Kiblah dan Kurikulum YAKIN bagi sekolah rendah disempurnakan oleh Yb Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Dato' Nik Abdul Aziz, Ahli Parlimen Pasir Mas Kelantan.

Sekolah Kiblah telah menghantar rombongan seramai 40 orang kakitangan yang terdiri daripada Pemangku Pengetua, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan dan guru2 sebagai tanda sokongan terhadap pelancaran ini. Selain itu, wakil rombongan dari sekolah Kiblah ini berpeluang beramah mesra dengan semua kakitangan SRI Kiblah Kota Bharu dan juga tetamu-tetamu kehormat khususnya perasmi pada pelancaran ini, Yb Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Dato' Nik Abdul Aziz. Semoga SRI Kiblah terus mencapai kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00