PELAJAR KIBLAH MELANJUTKAN PELAJARAN KE LUAR NEGARA : 28 Sept. 2017 – Seramai 4 orang pelajar lulusan PROGRAM Pra-Madinah Kiblah 2017 telah berjaya mendapat tempat di LIPIA, Jakarta Selatan, Indonesia. Universiti ini adalah cawangan Universiti Imam Muhd Ibn Saud, Arab Saudi. Pengajian mereka, di peringkat Ijazah, dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan antara bidang yang diambil adalah Syariah serta Pendidikan Bahasa Arab.

Empat pelajar tersebut ialah :

1. Adlil Khaliq b. Aspazali
2. Ahmad Hakim b. Kamarozaman
3. Ahmad Syakir b. Idrus
4. Muhammad Nazhif b. Mohammad Zohri.

Mereka adalah generasi ke-2 pelajar Kiblah yang berjaya melanjutkan pelajaran mereka ke LIPIA. Generasi pertama pada tahun 2016 di mana 3 orang pelajar perempuan yang cemerlang telah dipilih untuk menimba ilmu di sini. Keberangkatan mereka ke Jakarta melalui penerbangan di KLIA diraikan oleh Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof, guru-guru serta pelajar-pelajar. Tahniah dan selamat maju jaya. Warga Kiblah Setiasa Mendoakan Kejayaan Anda!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00