LAWATAN KE MAAHAD TAHFIZ ITTIFAQIYYAH : 19 Sept. 2017 - Beberapa orang guru beserta pelajar Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah menziarahi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah mewakili seluruh warga Kiblah menzahirkan rasa simpati atas tragedi yang menimpa mereka. Sejumlah sumbangan yang berjaya dikumpul oleh para pelajar turut disumbangkan kepada Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Tn Hj. Mohd Zahid Mahmood. Rombongan sempat meninjau lokasi kejadiaan juga turut menziarahi Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Kuala Lumpur di mana 11 daripada 22 orang anak-anak syurga ini dikebumikan. Didoakan keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan dan kepada yang terkorban, semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka di kalangan para hamba-Nya yang terpilih.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00