MAJLIS MENANDATANGAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ( MOU ) ANTARA KIBLAH DAN KAGUMAS : Pada hari Khamis 8 September 2017, satu memorandum persefahaman ( MoU ) telah ditandatangan bersama antara pihak Tahfiz Kemahiran Kiblah dan Kagumas bertempat di Pejabat Kagumas Culinary Academy, Bandar Baru Bangi, Selangor. Isi kandungan memorandum ini ialah ke arah kerjasama antara dua pihak dalam mewujudkan Kursus Kemahiran Diploma in Sunnah Chef yang berorientasikan patuh Syariah ( Shariah Compliant Course ). Kursus ini akan diikuti oleh para pelajar Tahfiz Kemahiran Kiblah.

Tahfiz Kemahiran Kiblah diwakili dan ditandatangani oleh En Fahimi bin Fisal, Ahli Lembaga Pengarah Barisan Teknik Sdn Berhad dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) manakala Kagumas Culinary Academy pula diwakili dan ditandatangani oleh Hj. Haron bin Nordin, CEO Kagumas. Majlis menandatangan memorendum persefahaman ini juga dihadiri oleh En Thaha bin Yusuf, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Cikgu Zuriah bin Seman, Pemangku Pengetua Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, guru-guru, para ibu bapa pelajar terlibat, para pelajar Tahfiz Kemahiran Kiblah dan pegawai-pegawai Kagumas Culinary Academy.

Semoga dengan kerjasama ini, pihak sekolah dapat menimba pengalaman dan memperolehi manfaat yang banyak khususnya dalam bidang kemahiran untuk anak-anak didik dalam bidang ini. 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00