MELANJUTKAN PELAJARAN KE QATAR : Hari ini, Rabu 7 September 2017, Sekolah Kiblah sekali lagi memahat sejarah berharga dalam lebaran kamus perjalanannya. Seorang pelajar Sekolah Kiblah, adik Irsyad Zakwan bi Akmal Hadi, pelajar Tingkatan 2 telah dipilih untuk melanjutkan pengajiannya di Qatar. Beliau akan meneruskan pengajiannya disana di Al Maahad Ad Dini, sebuah institusi pendidikan peringkat menengah dan semua kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Qatar.

Mengiringi beliau hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) seluruh ahli keluarganya ( kecuali ibu dan ayah kerana sedang mengerjakan haji ), rakan-rakan dari Sekolah Kiblah, beberapa orang warga pendidik dan salah seorang Ahli Lembaga Pengelola Sekolah, Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof. Tahniah kepada adik Irsyad Zakwan atas kejayaan dan peluang keemasan ini. Belajarlah bersungguh-sungguh dan pulang nanti sebagai anak bangsa yang menabur bakti terhadap agama, bangsa dan tanah air. Doa kami seluruh warga Kiblah sentiasa mengiringi anda. Syabas sekali lagi untuk adik Irsyad Zakwan !!!!!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00