MAJLIS APRESIASI KIBLAH 2018/19 : Pada hari Sabtu, 12 Oktober 2019, Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah mengadakan Majlis Apresiasi 2018/19. Majlis bermula seawal pukul 9.15 pagi. Ibu bapa turut hadir untuk memeriahkan majlis yang dilangsungkan di dewan sekolah. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk menzahirkan apresiasi terhadap kecemerlangan Akademik, Ko-Korikulum, Pembangunan Diri, Perkembangan Sahsiah serta Kepemimpinan pelajar sesi 2018/19, majlis ini juga dapat menyemai semangat cintakan ilmu serta membina sahsiah unggul ke arah pembentukan insan yang seimbang duniawi juga ukhrawi

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn. Hj. Ahmad Yani Abd Manaf. Seramai 150 pelajar telah menerima anugerah. Diantara anugerah yang diberikan kepada para pelajar ialah anugerah cemerlang KSSM, Kurikulum Yakin, TAHFIZ.

Seterusnya disusuli dengan anugerah tokoh khas jabatan HEP dan JTPI. Majlis ini telah diserikan lagi dengan persembahan pelajar. Antara persembahan ialah nasyid dan Kalam Jamaie. Acara kemuncak ialah penyampaian hadiah kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Kurikulum Yakin, PT3 dan SPM 2018. Majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah sekali. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sila tekan ( KLIK ) untuk dapatkan lebih foto-foto menarik

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( NOVEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00