JALUR GEMILANG GERGASI - Kiblah sekali lagi melakar sejarahnya tersendiri apabila seluruh warganya berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Gergasi buat julung-julung kalinya. Tanggal 7 September 2019, dengan kerjasama pihak KIBG, warga Kiblah amat berbangga kerana berjaya menyiapkan Jalur Gemilang Gergasi sepanjang 72 meter dan dikibarkan dengan megah sepanjang blok alademik Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

Acara sehari ini dirasmikan oleh Dato' Tajuddin bin Jamaluddin, YDP KIBG Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah dan Puan Zuriah binti Seman, Pengetua Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah bertempat di Dataran Kiblah. Acara bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.00 petang. Semua kakitangan, pelajar dan ibu bapa terlibat menjayakan program mega ini.

Acara menaikkan bendera diadakan pada 17 September 2019 dan disaksikan oleh Pengarah Operasi Kiblah, Tn Hj Thaha Mohd Yusof dan Pengetua Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Acara bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang.

Diharapkan dengan terlaksananya program ini akan menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di kalangan seluruh warga Kiblah dan menjadi mercu tanda yang boleh dibanggakan.

 

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( DISEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00