SAMBUTAN JAMUAN RAYA 2019 : Alhamdulillah telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidil Fitri bagi warga Kiblah pada Sabtu, 22 Jun 2019. Sambutan ini dimulakan dengan aktiviti rewang antara guru-guru Kiblah yang berdedikasi. Antara aktiviti rewang yang awal dimulakan ialah membuat ketupat, lemang, kuah kacang dan berbagai-bagai jenis juadah makanan. Rewang raya ini bermula seawal petang Jumaat lagi sehinggalah berlangsungnya jamuan pada hari Sabtu.

Sambutan kali ini dihadiri oleh Pengerusi YAKIN, Tan Sri Dato' Hashim bin Meon dan isteri, Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Dr Ismail bin Omar dan isteri, YDP KIBG, Tn Hj Datuk Mohd Tajuddin bin Jamaluddin, Presiden GASMA, Tn Hj Dr Sofwan bin Badri dan tetamu-tetamu yang dijemput khas oleh pihak sekolah. Antara juadah yang disediakan ialah kambing bakar, ayam bakar, ikan bakar, udang bakar, lemang, ketupat, rendang dan bermacam-macam lagi. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan sambutan kali ini.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( JULAI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00