PERKHEMAHAN IBADAT 2018 : Telah diadakan pada 20-22 November 2018 dan melibatkan semua pelajar Tingkatan 1-4 Sekolah Kiblah. Bertempat di hutan perkhemahan Kiblah. Antara objektifnya ialah memberi pendedahan positif kepada para pelajar disamping menerapkan jati diri yang tinggi dikalangan pelajar. Lokasi perkhemahan di padang Sekolah Kiblah dan aktiviti yang dijalankan bertempat di hutan Kiblah.

Hari pertama perkhemahan lebih tertumpu kepada pembinaan dan pemasangan khemah di tapak perkhemahan. Khemah yang digunakan ialah berkonsepkan open tent dan para pelajar diajar untuk memasang khemah mereka dengan betul dan sempurna. Sbelah petangnya aktiviti merentas rimba dijalankan di hutan perkhemahan Kiblah. Pelajar-pelajar begitu teruja dengan aktiviti ini memandangkan ramai antara mereka belum terdedah dengan aktiviti lasak sebelum ini. Sepanjang merentas hutan ini para pelajar diajar bagaimana seseorang itu masuk ke dalam hutan termasuklah bacaan doa yang sepatutnya disamping mereka didedahkan dengan hidupan hutan termasuklah hidupan flora dan fauna. Pada kesempatan ini mereka diminta untuk mengumpul kayu-kayu kering untuk dijadikan bahan bakar bagi aktiviti masakan hutan yang akan dijalankan pada keesokkan harinya.

Sebelah malam pelajar berada dalam kumpulan masing-masing untuk aktiviti LDK dan latihan sebagai persiapan untuk malam kebudayaan/persembahan pada hari esok.

Pada hari kedua sebelah pagi pelajart sekali lagi didedahkan dengan pengalaman baru dalam hidup mereka iaitu aktiviti sembelihan ayam mengikut cara yang betul. Teori diberikan selama setengah jam dan disampaikan oleh Ustaz Rosdi Embong dan seterusnya praktikal ditunjukkan dihadapan mereka untuk lebih difahami. Setiap kumpulan diberikan 2 ekor ayam yang masih hidup dan mereka menyembelih sendiri ayam yang diberikan kepada mereka termasuklah membersihkan ayam setelah disembelih, memotong dan memasaknya sendiri mengikut ala rimba. Alhamdulillah mereka dapat lakukan baik sekali dan memberi satu pengalaman baru sebagai seorang pelajar.

Sebelah petangnya diadakan aktiviti pandu arah menggunakan kompas bearing. Oleh kerana peralatan adalah terhad, aktiviti ini tidak dilaksanakan di dalam hutan sebaliknya dijalankan di sekitar kawasan sekolah. 

Pada sebelah malam selepas solat maghrib, slot perkongsian ilmu dijalankan bersama salah seorang alumni Kiblah, Ustaz Azren Zainuddin. Perkongsian ini lebih menjurus ke arah pengalaman sebagai seorang pelajar di Kiblah dan cabaran yang bakal ditempuhi oleh setiap pelajar apabila mereka tamat alam persekolahan nanti. Pengarah Urusan Ustaz Ismail Omar juga hadir bersama dalam perkongsian ilmu ini. Setelah itu pelajar-pelajar menunjukkan bakat mereka dalam persembahan kumpulan masing-masing dalam slot malam kebudayaan dan ianya berlangsung hingga jam 11 malam.

Pada hari ketiga, pelajar bersiap-siap untuk menamatkan perkhemahan masing-masing. Satu majlis penutup telah diadakan dan dirasmikan oleh ALP Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof dan dihadiri oleh Pengetua Cikgu Zuriah bt Seman dan guru-guru. Semoga dengan perlaksanaan program ini memberi satu impak positif yang sangat besar kepada para pelajar disamping banyak ilmu yang telah dipelajari melalui program-program yang telah dilaksanakan. Harapan kita semua pelajar gembira dan mampu menjelmakan pengalaman mereka sepanjang 3 hari ini dalam kehidupan harian mereka.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00