LAWATAN RASMI MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA DAN MENTERI KPDNKK : Tanggal 24 November 2017, Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfiz Kiblah sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila dilawati secara rasmi oleh dua menteri kabinet Malaysia dalam satu Majlis Konvokesyen Tahfiz dan Apresiasi Kiblah 2017. Kedua-dua menteri kabinet yang dimaksudkan ialah Menteri Pelajaran Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ( KPDNKK ), Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin.

Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri tiba pada jam 2.00 petang, sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Putrajaya. Setibanya di Sekolah Kiblah, Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri di bawa ke bilik seminar untuk makan tengahari bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain. Setelah itu, Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri diberikan penerangan tentang Tahfiz Vokasional atau lebih dikenali sebagai TVET oleh Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Tn Hj Ismail bin Omar. Penjelasan ini berkait rapat dengan program tahfiz vokasional atau kemahiran yang telah dijalankan oleh Maahad Tahfiz Kiblah setahun yang lalu.

Setelah itu Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri di bawa melawat Galeri YAKIN yang baru ditubuhkan. Yang Berhormat Dato’ Menteri Pendidikan Malaysia berkesemapatan merasmikan Galeri YAKIN dengan disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Menteri KPDNKK dan tetamu-tetamu kehormat yang lain. Setelah itu, Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri melawat Bilik Komputer Kiblah dan di sana Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri diberikan penerangan lengkap berkenaan program Home Tutor yang sedang dilaksanakan di Sekolah Kiblah yang dikendalikan oleh Dasar Jati Sdn Bhd. Seramai 22 orang pelajar di Tingkatan 4 telah menunjukkan kemahiran masing-masing dalam mengaksess serta memanfaatkan e-pembelajaran melalui program Home Tutor.

Setelah itu, Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri di bawa melawat pameran Kagumas Sdn Bhd. Kagumas adalah satu badan yang mengendalikan program vokasional / kemahiran bagi pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Kiblah dalam bidang kulinari. Selain itu, Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri diperlihatkan kemahiran memasak dan menguruskan makanan oleh pelajar-pelajar Tahfiz Kiblah beraliran vokasional.

Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri kemudiannya dibawa ke Dewan Utama untuk Majlis Konvokesyen Tahfiz dan Apresiasi Kiblah 2017. Pada kesempatan ini, Yang Berhormat Dato’ Menteri KPM merasmikan Majlis Konvokesyen Tahfiz dan Apresiasi Kiblah 2017. Pada pertemuan singkat ini kedua2 Yang Berhormat Dato' Menteri sempat menyaksikan serahan Sijil Koperasi yang disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Surahanjaya Koperasi Malaysia, Dato' Nurzari bin Hamad kepada Tan Sri Dato' Hashim bin Meon mewakili Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah . Yang Berhormat Dato' Menteri KPM kemudiannya beredar meninggalkan majlis atas urusan rasmi yang lain di Putrajaya.

Majlis Konvokesyen Tahfiz diteruskan dengan penyerahan sijil dan hadiah yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin. Selain itu, persembahan hebat kumpulan nasyid mengirigi penghujung majlis konvokesyen ini. Turut mengiringi hadir ke majlis konvokesyen ini ialah :

  • Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Hashim Meon - Pengerusi Yayasan kebajikan Nusantara
  • Yang Berbahagia Dato' Nurzari bin Hamad - Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Yang Berbahagia Dato' Abdul Fatah bin Abdullah - Presiden Angkasa
  • Yang Berbahagia Dato' Prof Abd Rahman bin Abdul Razak Shaik - Pengarah Maktab Koperasi Malaysia
  • Yang Berbahagia Dato' Dr Amin bin Senin - Ketua Pengarah KPM
  • En Sukari bin Siman - Ketua Pengarah Bahagian Swasta, KPM
  • Tn Hj Mohammad Salleh bin Mohd Kassim - Ketua Pengarah JPNS
  • En Arbain bin Pinni - Pegawai Pendidikan Daerah Sepang
  • En Mohd Khaidir bin Abdullah - Ketua Sektor Pendidikan Swasta JPNS
  • Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YAKIN
  • Ahli-ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah
  • Para ibu bapa dan pelajar-pelajar

Setelah berakhirnya majlis tersebut, Yang Berhormat Dato’ dibawa ke bilik Pengarah Urusan Sekolah Kiblah, Tn Hj Ust Ismail Omar untuk sesi sidang media. Semoga dengan kehadiran Yang Berhormat kedua-dua Dato’ Menteri ini memberi semangat kepada seluruh warga Kiblah untuk terus maju dan berdedikasi melonjakkan nama Kiblah di persada tanah air. Amiinn !!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00