PELANCARAN SRI KIBLAH MELAKA : Tanggal 11 November 2017, tercatat satu lagi sejarah yang sungguh bermakna bagi seluruh warga Kiblah apabila SRI Kiblah Melaka secara rasminya dilancarkan beralamat di Batu 2 1/2 Batu Hampar, Peringgit Melaka. Majlis bermula seawal jam 10 pagi dengan tausiah dan tazkirah daripada seorang pendakwah yang tidak asing lagi, Datuk Abd Rahim bin Chalik Al Hafiz. 

Majlis perasmian bermula dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Ismail bin Omar, merangkap Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ). Setelah itu, pelancaran SRI Kiblah Melaka disempurnakan oleh Yang Berbahagia Senator Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam ( DMDI ). Beliau amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak penganjur yang telah berusaha keras mewujudkan satu institusi pendidikan yang mampu membentuk satu generasi yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Yang Berbahagia Tan Sri Mohd Ali bin Mohd Rustam juga dibawa melihat pameran Kiblah dan diberi penerangan tentang keistimewaan Kiblah, hala tuju dan pakej pengajian yang ditawarkan. 

Turut hadir ke majlis pelancaran ini ialah Tn Hj Thaha bin Mohd Yusof, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Minghat bin Mamut, Ahli Lembaga Pengarah SRI Kiblah Melaka, Tn Hj. Mohamad bin Daud, Tuan Tanah SRI Kiblah Melaka, Ustaz Salimi bin Mohamad, Guru Besar SRI Kiblah Kota Bharu, guru-guru Sekolah Kiblah dan Maahad Tahfiz Kiblah Jenderam Heights, para ibu bapa dan penduduk setempat.

Majlis pelancaran ini juga diserikan dengan persembahan nasyid yang disampaikan oleh Kumpulan Nasyid Sekolah Kiblah, Jenderam Heights di bawah pimpinan Cikgu Izwan dan Ustazah Nur Hidayu. Semoga dengan pelancaran ini,  SRI Kiblah Melaka mampu mengorak langkah ke arah sebuah institusi pendidikan peringkat sekolah rendah yang mithali pada masa hadapan. Tahniah buat semua.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00