KONTI KIBLAH FM : Tahniah kepada seluruh warga Kiblah kerana maju setapak lagi dengan tertubuhnya Konti KiblahFm yang beroperasi seawal April 2019 dan siap sepenuhnya pada Jun 2019. Tahniah kepada Jabatan Multimedia, Komunikasi dan Events atas usaha membangunkan konti ini dari segi hardware dan teknikal serta Jabatan Bahasa Arab yang bertanggungjawab dari segi software dan programnya.

Beroperasi selama setengah jam dalam satu hari bermula jam 10.05 am hingga 10.35 am iaitu pada waktu rehat pertama para pelajar. Apa yang menariknya, KiblahFm bersiaran dalam Bahasa Arab oleh para penyampai radio KiblahFm dan diselia oleh guru-guru Bahasa Arab di sekolah ini.

Pemilihan penyampai radio dibuat seawal Januari 2019 oleh Jabatan Bahasa Arab dan mereka didedahkan dengan latihan asas seorang penyampai radio dan dinilai dari masa ke semasa.

Semoga dengan wujudnya KiblahFm ini berjaya memberi latihan dan keyakinan yang besar kepada para pelajar untuk berkomunikasi dalam Bahasa Arab dan pengucapan awam.

Sila like page rasmi Konti KiblahFm di https://www.facebook.com/kiblah.fm untuk dapatkan makluman aktiviti terkini.

Tahniah kepada seluruh warga Kiblah !!!!!!!!

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( NOVEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00