LAWATAN KERJA KE INSTITUSI SUNNAH : Pada Selasa 29 Januari 2019, seramai 3 orang guru kanan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah mengadakan lawatan muhibbah ke beberapa institusi pendidikan agama di Perak dan Pulau Pinang. Guru Kanan yang terlibat ialah Ustaz Rosdi Embong selaku Penasihat Kurikulum YAKIN merangkap Ketua Jabatan Komunikasi, Multimedia dan Events, Ustaz Syed Hasan Syed Omar sebagai Mudir Maahad Tahfiz Kiblah dan Ustaz Alif Azizi Zainon, Pengarah Operasi Sri Kiblah Melaka.

Objektif lawatan kali ini adalah bagi mewujudkan dan mengeratkan hubungan dua hala antara Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah dengan institusi-institusi pendidikan agama khususnya sekolah dan maahad lain yang mengguna pakai Kurikulum YAKIN sebagai kurikulum pengajian rasmi mereka. Selain itu, perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama erat dalam apa jua bidang khususnya berkaitan bidang pendidikan.

Lawatan kerja ini dimulakan dengan Maahad Baytuzzakiah yang terletak di Ipoh, Perak Darul Redzuan. Selain daripada perbincangan dua hala, satu Memorandum Persefahaman ( MoU ) telah ditandatangani bersama antara YAKIN dan Maahad Baytuzzakiah. YAKIN diwakili oleh Ustaz Rosdi Embong manakala Baytuzzakiah diwakili oleh Dr Ariza, Pengasas dan Pengarah Urusan institusi tersebut.

Selepas itu, rombongan Kiblah bertolak ke Kuala Kangsar, Perak. Destinasi seterusnya ialah Darul Quran Wal Hadith yang terkenal dengan seorang ilmuan hebat, Maulana Fakhrurazi. Rombongan Kiblah disambut mesra oleh Maulana Fakhrurazi sendiri bersama Pengetua dan kakitangan yang ada. Wakil Kiblah ini sangat bertuah kerana dapat beramah mesra selain meningkatkan hubungan dua hala antara Kiblah dan Darul Quran Wal Hadith.

Selesai solat zohor berjemaah di sana, rombongan Kiblah bertolak pula ke SMART IQ yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Rombongan ini berkesempatan berbincang dan seterusnya melawat sekitar sekolah khususnya kelas - kelas pengajian yang dijalankan di sana.

Pada jam 5.00 petang, rombongan Kiblah kembali semula ke Selangor. Jelajah kali ini sangat bererti bagi setiap ahli rombongan dan memberi satu pengalaman baru apabila dapat melihat sendiri perjalanan dan operasi institusi-institusi pendidikan agama ini.

Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dan insya-Allah, jika diizinkan Tuhan pasti akan bertemu lagi pada lain masa.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( MEI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00