PROGRAM MEMACU KECEMERLANGAN AKADEMIK MELALUI E-PEMBELAJARAN HOME TUTOR - Telah diadakan pada hari Selasa 21 November 2017 bermula jam 10.00 pagi bertempat PICC Putrajaya. Porgram Home Tutor adalah satu bentuk pembelajaran interaktif masa kini atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. Program ini dikendalikan oleh Syarikat Dasar Jati Sdn Bhd dan ditaja serta dinaungi oleh Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ).

Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg. Dato' Seri Hj Khairil bin Hj Awang, mantan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut hadir Dr Fatimah Hashim, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Tn Hj Mat Jah bin Roslan, Pegawai Pedidikan Daerah Hulu Langat, pengetua dan guru besar daripada sekolah-sekolah terpilih dan para pelajar.

Objektif majlis ini bertujuan memperkenalkan progran Home Tutor kepada umum dan memperluaskan penggunaannya di kalangan para pelajar di seluruh Malaysia. Sebagai langkah awalnya, pihak Home Tutor telah menjalinkan hubungan erat dengan Pejabat Pendidikan Derah Hulu Langat Selangor. Pada kesempatan ini, Pengarah Eksekutif YAKIN, Tn Hj Ismail Omar berkesempatan menyampaikan polisi aksess berjumlah 10,000 ID secara percuma bernilai RM 3.6 juta kepada Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Tn Hj Mat Jah bin Roslan dan seterusnya mengagihkannya kepada 32 buah sekolah terpilih dalam daerah Hulu Langat.

Semoga dengan adanya kemudahan ini, para pelajar dapat memanfaatkannya sebaik mungkin dan seterusnya beroleh kecemerlangan dalam pelajaran mereka. Syabas dan tahniah !!!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00