PENYERAHAN ID HOME TUTOR : Pada hari Rabu, 22 November 2017, pihak Home Tutor telah menyerahkan ID secara percuma kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 bertempat di perkarangan Bilik Komputer Sekolah Kiblah. Tingkatan 2 dan 4 dipilih berdasarkan kepada tahun peperiksaan awam yang besar yang bakal dihadapi oleh pelajar-pelajar ini pada tahun 2018. Majlis penyerahan ini dibuat oleh En Farid, selaku orang penting dalam program Home Tutor ini dan dihadiri oleh rakan-rakan Home Tutor yang lain serta disaksikan oleh Ketua Jabatan ICTM 2k17, Ust Rosdi Embong bersama guru-guru kelas terlibat.

Setelah itu, seramai 22 orang pelajar di Tingkatan 4 telah dipilih untuk menjalani kursus intensif penggunaan Home Tutor yang dikendalikan oleh pasukan / team yang dibawa oleh pihak Dasar Jati Sdn Bhd. Kursus ini berjalan selama 3 hari berturut bertujuan memberi pendedahan kepada mereka serta memahirkan mereka mengaplikasikan program ini dalam pembelajaran. Selain itu, ianya adalah persediaan yng perlu dibuat bagi mempamerkan kemahiran mereka dalam penggunaan Home Tutor ini di hadapan Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pelajaran Malaysia yang bakal membuat lawatan rasminya ke Sekolah Kiblah pada 24 November 2017 nanti.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG JANUARI 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00