SESI TAKLIMAT HOME TUTOR : Pada 7 November 2017, jam 3.00 petang bertempat di Masjid Sekolah Kiblah, Dasar Jati Sdn Bhd melalui anak syarikatnya Home Tutor telah mengadakan sesi taklimat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 2 dan 4 berkaitan kepentingan program Home Tutor yang bakal dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2018. Program ini akan bermula pada November 2017 dan pihak Home Tutor akan memberi ID secara percuma kepada semua pelajar Tingkatan 2 dan 4 di Sekolah Kiblah.

Home Tutor adalah pembelajaran secara atas talian ( online ) dan pembelajaran secara interaktif. Para pelajar kini bebas menelaah mata pelajaran KSSM di mana sahaja mereka berada khususnya semasa cuti persekolahan. Para pelajar juga didedahkan kepada ribuan latihan dan juga nota pembelajaran terkini dibekalkan dalam program tersebut. Semoga program ini memberi manfaat yang besar kepada para pelajar untuk lebih cemerlang. 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00