GOL AMAL MAAHAD TAHFIZ KIBLAH : 24 Nov. 2019, kejohanan Golf Amal berlangsung dengan jayanya di The Mines Resort & Golf Club, Seri Kembangan, Selangor. “Tee Off Time” sekitar jam 1.45 ptg. dan berakhir pada jam 6.30 ptg. Penyampaian hadiah diadakan pada sebelah malam dalam Majlis Grand Dinner yang dihadiri oleh semua peserta. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tan Sri Dato’ Hashim Meon (Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara) pada majlis makam malam yang berlangsung dari jam 8.00 malam hingga jam 10.00 malam. Seramai 100 orang pemain terlibat dengan 25 flight. Kejohanan ini adalah dalam rangka mengutip dana bagi pembinaan bangunan baru Maahad Tahfiz Kiblah yang dijangka menelan belanja RM1 juta. Sejumlah RM30 000 berjaya dikumpul pada kejohanan ini.

Kejohanan dibahagikan kepada dua kategori, senior dan terbuka. Beberapa syarikat turut terlibat dalam menjayakan golf amal ini antaranya, DR Group Holdings, Crusk Assembler Sdn Bhd, KOP Mantap Berhad, TJK Bina ConstructionSdn Bhd, Solar Alert Sdn. Bhd. Kumpulan Jasa Bumi Solution Sdn. Bhd. dan Visi Integrated Prima Sdn Bhd..Tajaan sebuah Mercedes A Class untuk Hole in One disumbang oleh Tifosi Uno.

Pihak urusetia juga berkesempatan bergambar dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang turut berada di Mines pada masa tersebut.

Pihak Maahad Tahfiz Kiblah ingin merakam setinggi-tinggi penghargaan buat semua penyumbang dan semua individu yang telah menjayakan kejohanan ini terutamanya dari Ex-Langkawi Golf Association (Tn Roslimi Ramlee) yang telah bertungkus lumus merealisasikan usaha murni ini.
Semoga acara ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya.

Sila ( KLIK ) untuk lihat lebih banyak foto.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( DISEMBER 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00