MAHRAJAN BAHASA ARAB 2018 : Tanggal 23 – 27 Julai 2018 julung-julung kalinya Jabatan Bahasa Arab Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah menganjurkan sebuah Festival Bahasa Arab atau juga disebut dengan nama "مهرجان اللغة العربية". Festival ini telah berlangsung selama 5 hari bermula Hari Isnin (23 Julai 2018) sehingga Hari Jumaat (27 Julai 2018). Festival ini telah berlangsung dengan jayanya hasil usaha gigih guru-guru dari Jabatan Bahasa Arab dan kerjasama semua guru dari Jabatan KSSM dan Jabatan Tahfiz serta semua staff SK dan MTK Kiblah. 

Mahrojan kali ini membawa tema yang sangat universal iaitu  اللغة العربية لغة القرآن ولغة العالم "Bahasa Arab adalah Bahasa Al-Quran dan Bahasa Dunia "

Objektif pelaksanaan Festival Bahasa Arab ini adalah :

• Memberi pendedahan kepada semua warga Kiblah bahawa mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang menyeronokkan.
• Menyuntik semangat ingin bersaing dalam menemukan cara terbaik mengaplikasikan Bahasa Arab melalui cara yang mudah.
• Membina keyakinan diri pelajar dalam pertuturan Bahasa Arab fusha melalui pertandingan yang dipertandingkan.
• Menerapkan rasa cinta dan sayang terhadap Bahasa Arab dalam diri warga Kiblah kerana Bahasa ini adalah Bahasa Al-quran.

Aktiviti sepanjang Festival berlangsung adalah menyeluruh dan melibatkan semua pelajar dari semua tingkatan. Berikut keputusan pemenang bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan.

Tingkatan 1 & 2 : Pertandingan melagukan perkataan Arab.

(BANIN)
Juara >> Kelas 2B
Kedua>> Kelas 1A
Ketiga>> Kelas TH2A
Anugerah persembahan terbaik: Kelas 2A

(BANAT)
Juara >> Kelas 1D
Kedua>> Kelas 2C
Ketiga>> Kelas 2D

Tingkatan 3: Pertandingan drama pentas berbahasa Arab.
Juara >> Kelas 3B
Kedua>> Kelas TH3B
Ketiga>> Kelas TH3A

Tingkatan 4 & 5 : Pertandingan pidato Bahasa Arab.

Juara >> Ali Rezal Shah (Kelas 5FT) 95%
Kedua>> Hafidhal Mohd Jamil (Kelas 4A) 91%
Ketiga>> Amiruddin Khalid (Kelas 4A)
Keempat>> Siti Wahyu Cahaya Ningsih (Kelas 4Sains)
Kelima>> Aeshah Ibnu Sobah (Kelas 4B)

Pertandingan kategori TERBUKA:

* Pertandingan membaca teks Arab.
Juara >> Ali Rezal Shah (5FT)
Kedua>> Afif Zafri Fitri Chin (TH5)
Ketiga>> Amirul Syakirin (5SN)

* Pertandingan kuiz.

(Menengah Atas)
Juara >> Aiman Faiz, Abdurrahman Redzuan, Haikal Azrie.
Kedua>> Aedi Haikal Asmawi, Hazeeq Mustaqim, Arifuddin Zulfakor
Ketiga>> Afiq Asmady, Amiruddin Khalid, Abrar Al-khairi

(Menegah Bawah)
Juara >> Intan Nadira Romy, Sumaira Lutfia Faisal, Qisteena Balqis
Kedua>> Adam Najmi Ilham, Iman Anique, Ikhlas Naufal
Ketiga>> Danish Adam, Al-Akram Al-Azmi, Wan Muhammad Talhah

* Pertandingan mengeja perkataan.

(Menengah Atas)
Juara >> Ahmad Mujahid B Mohamad Ayob
Kedua>> Abdul Haqq Bin Mohd Nasron
Ketiga>> Khairun Najiyya Binti Abdul Razak

(Menegah Bawah)
Juara >> Batrisyia Norshidey
Kedua>> Muhammad Danish Haikal Bin Muhammad Afrizal
Ketiga>> Wan Muhammad Talhah Bin W.M Ubaidillah

* Pertandingan melukis poster.

1) Khairun Najiha - TH4B
2) Aida Dakae - TH3B
3) Nor Auni - 4B
4) Muhammad Arif - 5A
5) Nurul Sakinah - 4B

Antara aktiviti lain yang menarik minat pelajar dan guru adalah kehadiran 'food trucks' yang menyajikan makanan Arab, minuman biasa dan 'shake' serta makanan-makanan lain.

Mahrojan ini dijayakan oleh barisan guru-guru Bahasa Arab yang terdiri daripada Ustaz Ramadhani(Ketua Jabatan), Ustazah Siti Zulaikha(Timb. Ketua Jabatan), Ustazah Syafazila Yusof (Pengarah Mahrojan), Ustaz Syamil Nazemi, Ustaz Emir Al-Hakim, Ustaz Amir Fathy, Ustaz Ahmad Nizar, Ustazah Aisyah Jamaluddin, Ustazah Fatinah ,Ustazah Faridah Abdullah, Ustazah Maskanatul Fiqiah, Ustazah Kutaelah, Ustazah Zaharoh Fajar Nina.

Terima kasih atas kerjasama dan sambutan dari semua pihak. Semoga usaha kecil ini menjadi sumber inspirasi untuk warga Kiblah terus maju dalam usaha memantapkan dan memperkasakan Bahasa Arab di persada negara seterusnya dunia.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OGOS DAN SEPTEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00