BENGKEL PENGUCAPAN AWAM BAHASA ARAB : Pada tarikh 25 Januari 2018, Khamis, telah berlangsung sebuah Bengkel Pengucapan Awam dalam Bahasa Arab bagi barisan kepemimpinan pelajar sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah anjuran Jabatan Bahasa Arab. Bengkel yang julung kali diadakan ini berlangsung bermula jam 8.00pm dan berakhir pada jam 10.30pm. Bengkel ini dilangsungkan bertempat di dewan utama Sekolah Kiblah dan melibatkan 75 orang pelajar banin dan banat yang terdiri daripada :

1) Majlis Tertinggi Badan Dakwah dan Rohani (MT BADAR)
2) Barisan Ahli Majlis Pelajar (AMP)
3) Barisan Ahli Majlis Nuqoba' (AMAN)

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada para barisan kepemimpinan sekolah dan Maahad Tahfiz kiblah mengenai teknik pengucapan awam yang betul dan profesional beserta teknik khas mengacara majlis di dalam Bahasa Arab.

Antara slot yang berlangsung adalah:

1) Slot persediaan seorang pengacara majlis. Disampaikan oleh PLF Muhammad Abdullah Al-Waliy bin Fajar Nina Purnama Alam

2) Slot kegunaan teks arab dalam majlis dan teknik intonasi dalam mengacara majlis berbahasa Arab Disampaikan oleh Ustazah Siti Zulaikha Bt Mustapa, Timbalan Ketua Jabatan Bahasa Arab.

3) Teknik mengawal penonton menggunakan Bahasa Arab dan demonstrasi pengerusi majlis. Disampaikan oleh Ustaz Emir Alhakim bin Kamarul Zahari, Guru Bahasa Arab.

Terima kasih diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa daripada barisan guru-guru Bahasa Arab iaitu Ustazah Zaharoh, Ustazah Faizatul Akmal, Ustazah Hasmina, dan Ustazah Ramizah atas penglibatan mereka dalam menjayakan program ini. Semoga dengan jayanya program ini dapat melahirkan pemimpin-pemimpin yang berketrampilan tinggi, berkeyakinan, dan fasih menggunakan Bahasa Arab di hadapan khalayak. Aamiin.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00