PROGRAM ORIENTASI 2019 : Alhamdulillah, telah selesai program orientasi pelajar baru bagi sesi 2019. Program ini telah berlangsung selama seminggu iaitu dari 2 hingga 6 Januari 2019. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tentang suasana hidup di sekolah dan asrama supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan cepat. Sepanjang program orientasi ini berjalan, para pelajar diletakkan di bawah seliaan seorang fasilitator yang bertindak sebagai pemudahcara dan pembimbing para pelajar.

Antara program yang telah dijalankan ialah:

  • Tak Kenal Maka Tak Cinta
  • Tausiah oleh Pengarah Urusan Kiblah
  • Sesi taklimat Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Tarbiyyah dan Penghayatan Islam
  • Oh My Solat
  • Jalan-jalan Kiblah
  • Explorace Kenali Guru
  • Jungle Tracking
  • Malam Gegar Kiblah 2019.

Semoga pengisian yang telah dilaksanakan memberikan sedikit sebanyak pendedahan kepada pelajar baru seterusnya membantu mereka dalam menyesuaikan diri di Kiblah.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( MEI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00