PROGRAM ORIENTASI KIBLAH 2018 : Telah dijalankan dengan jayanya bermula 1-6 Januari 2018. Pelajar-pelajar yang baru menjejakkan kaki ke alam sekolah baru akan merasakan perbezaan ketara dari segi pengalaman dan pembelajaran mereka ketika berada di sekolah terdahulu. Perubahan ini perlu mereka lalui kerana mereka berada di persekitaran persekolahan yang berbeza. Para pelajar ini akan merasakan pebezaan dari segi pergaulan dengan rakan-rakan baru, guru-guru baru, pakaian seragam baru, suasana dan tempat baru, dan yang paling ketara adalah pertambahan matapelajaran baru yang lebih banyak. Justeru itu, bagi memudahkan pelajar melalui perubahan tersebut, program orientasi pelajar dirangka dan dijalankan.

Pelbagai aktiviti pelajar dirancang untuk mereka lebih mengenali persekitaran sekolah, menyesuaikan diri dengan rakan-rakan baru, memahami mata pelajaran yang akan dipelajari, mengetahui sumbangan yang boleh dipohon dan pelbagai maklumat lagi yang boleh diketahui. Oleh itu, diharapkan pendedahan yang diberi di dalam program ini dapat mendorong pelajar berusaha untuk mencapai kecemerlangan.

Objektif program orientasi ialah :

1. Mendedahkan pelajar kepada suasana persekitaran serta sistem pengajaran dan pembelajaran.
2. Mengenali guru-guru, staf dan pelajar-pelajar Sekolah Kiblah dan dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar ke arah semangat kekeluargaan.
3. Memastikan pelajar baru mengamalkan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan di sekolah ini untuk membentuk pelajar yang berdisiplin.
4. Lebih bersedia untuk menempuh alam persekolahan peringkat menengah dan memahami peranan yang perlu mereka mainkan sebagai pelajar sekolah ini.
5. Mengetahui risiko yang akan mereka hadapi jika mereka bertingkah laku bertentangan dengan kehendak sekolah ini.

Ahli jawatankuasa pelaksana program orientasi pelajar baru 2018 :

AJK INDUK

Penasihat
Puan Zuriah Binti Seman

Pengarah
En. Mohd Syamil Nazmi Bin Hj Naseruddin

Timb. Pengarah
En. Fadeli Bin Yahya

Penyelaras
Puan Nawal Azka Faisal

Setiausaha
Puan Nawal Azka Faisal

Bendahari
Cik Norhidayu Binti Azmi

AJK GURU
Semua Timbalan Ketua Jabatan

 

AJK KERJA

Semua fasilitator yang dilantik dari kalangan pelajar senior sekolah dan maahad tahfiz kiblah.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Program Orientasi Kiblah 2018 ialah

1. ICE BREAKING
2. TAKLIMAT HEP
3. JALAN-JALAN KIBLAH (TAK KENAL MAKA TAK CINTA)
4. TILAWAH
5. TAKLIMAT BERSAMA JTPI
6. SUKAN DAN PERMAINAN (LDK 1)
7. BAITI JANNATI
8. SUKAN DAN PERMAINAN (LDK 2)
9. MERENTAS DESA
10. MALAM MENCARI BINTANG

Semoga semua pelajar menjadikan orientasi ini sebagai langkah permulaan yang baik bagi meneruskan hasrat dan cita-cita mereka untuk menimba ilmu di Kiblah. Syabas semua yang terlibat !!!!

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG JANUARI & FEBRUARI 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00