PERTANDINGAN MERENTAS DESA 2018 : Satu acara merentas desa di peringkat sekolah telah dijalankan pada hari jumaat yang lalu 5 Januari 2018. Acara tersebut melibatkan seluruh pelajar Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah dari setiap tingkatan. Para pelajar telah dilepaskan untuk memulakan larian mengikut kategori jantina dan peringkat umur. Pada jam 8.00 pagi, para pelajar lelaki telah memulakan larian terlebih dahulu. 30 minit kemudian, iaitu pada jam kira – kira 8.30 pagi, para pelajar perempuan pula memulakan larian. Setiap pelajar perlu melalui laluan yang telah ditetapkan oleh Penyelaras Merentas Desa iaitu di sekitar kawasan sekolah dan kawasan Kg Jenderam Hulu. 10 pelajar terawal yang sampai semula di kawasan sekolah mengikut kategori masing – masing dikira sebagai pemenang dan telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam acara ini bagi peringkat MSSD yang akan dipertandingkan di Pantai Bagan Lalang pada penghujung bulan Januari nanti.

LATIHAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA : 12 Oktober 2017 - Jabatan Bomba KLIA telah dijemput memberi penerangan serta menunjuk ajar cara-cara memadam kebakaran kepada seluruh warga Kiblah. Beberapa orang pelajar dan guru guru turut menyertai latihan dan demostrasi memadam kebakaran secara praktikal dengan bimbingan pegawai-pegawai tersebut. Majlis bermula jam 11.00 pagi dengan sessi taklimat penting yang diasampaikan oleh salah seorang pegawai bomba yang hadir.

PERTANDINGAN BADMINTON PIALA YDP KIBG : 16 Sept. 2017 – Pertandingan badminton pelajar-pelajar puteri berlangsung di Kompleks Sukan Airport Nilai bermula dari jam 9.00 pg hingga 1.00 tengahari. Tn Hj Abdul Hamid Akub, YDP KIBG Sekolah dan Mahaad Tahfiz Kiblah, turut serta bersama keluarga menghadiri serta menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( APRIL 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00