MAJLIS APRESIASI KEPIMPINAN PELAJAR 2018 : Pada hari Jumaat 12 Oktober 2018 Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Tarbiyah & Penghayatan Islam ini telah mengadakan Majlis Apresiasi Kepimpinan Pelajar di Dewan Utama Sekolah Kiblah. Majlis berlangsung dengan begitu meriah bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Kiblah dan tetamu jemputan Tuan YDP KIBG Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Shahrin bin Awaluddin sebagai perasmi. Turut hadir ialah ALP Sekolah dan Maahad Tahfiz, Tn Hj Thaha Mohd Yusuf.

Majlis diadakan dalam rangka memberikan penghargaan buat semua barisan kepemimpinan pelajar ( Ketua Kelas, Ketua Asrama, Pustakawan, Pimpinan Badar, AMP) atas jasa dan usaha yang mereka curahkan dalam membantu pihak Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah bagi memastikan penerapan disiplin para pelajar juga agenda pentarbiyahan pelajar berjalan lancar sepanjang sesi pengajian 2018. Moga anugerah ini juga menjadi perangsang buat bakal kepimpinan 2019 nanti. Didoakan kesemua pimpinan pelajar akan terus membina jati diri, meningkatkan prestasi diri seterusnya mewarisi kepimpinan negara satu masa nanti. InsyaAllah. Tahniah!

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00