ACARA SEPAK TAKRAW MSSD SEPANG 2018 : Alhamdulillah Kiblah sekali lagi melakar sejarah dan mencipta rekod baru pada tahun ini dalam kejohanan sepak takraw MSSD Sepang yg berlansung di SMK Cyberjaya pada hari Selasa 23 Jan 2018. Kiblah telah menghantar 2 regu bagi kategori bawah 18 tahun ini.

Regu Kiblah (A) di wakili oleh pelajar :
1. Ahmad Zayn Adzdzin
2. Muhd Naquib Najmi
3. Dina Agam Danial
4. Umar Harith

Regu Kiblah (B) di wakili oleh pelajar :
1. Shahrul Mahizan
2. Muhd Ajwad
3. Ameer Iskandar

Regu A dan regu B kedua-duanya melepasi peringkat kumpulan dan lebih membanggakan kedua-dua regu ini berlawan sesama sendiri diperingkat separuh akhir. Regu Kiblah (A) tewas ditangan regu Kiblah (B) diperingkat separuh akhir dan melayakkan regu Kiblah (B) bertanding di peringkat akhir bertemu dengan SMK BBST (B).
Diperingkat akhir, regu Kiblah (B) terpaksa akur dengan keputusan kekalahan. Secara rasminya keputusan kejohanan seperti berikut :

Johan : SMK BBST (B)
Naib Johan : Sekolah Kiblah (B)
Ketiga : Sekolah Kiblah (A)

Tahniah di ucapkan kepada anak-anak Kiblah dan tidak lupa kepada pengurus dan jurulatih Squad Sepak Takraw Kiblah Ust. Syed Hasan Syed Omar di atas kejayaan yg bersejarah ini.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG JULAI 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00