MERENTAS DESA MSSD SEPANG 2018 : Satu acara merentas desa di peringkat MSSD telah dijalankan pada Januari 24, 2018 bersamaan hari rabu yang lalu. Acara tersebut telah melibatkan murid – murid yang datang dari sekolah – sekolah di dalam daerah Sepang. Antara kategori – kategori yang dipertandingkan ialah LELAKI (bawah 18), LELAKI (bawah 15), PEREMPUAN (bawah 18), PEREMPUAN (bawah 15), LELAKI (bawah 12), PEREMPUAN (bawah 12), SEKOLAH MENENGAH (khas), dan SEKOLAH RENDAH (khas). Sekolah Kiblah telah menghantar satu kumpulan untuk menyertai pertandingan tersebut. Berikut merupakan nama – nama murid yang mewakili sekolah dalam acara terbabit;

1. LELAKI (bawah 18)
• ABDURRAHMAN
• MUHD HAZEEQ MUSTAQEEM
• AIMAN
• MUHD RAFIQ MUIZ

2. LELAKI (bawah 15)
• MUHD HARIZ
• MUHD IDLAN
• MUHD SYAHIR
• MUHD ASHRAFF

3. PEREMPUAN (bawah 18)
• NURHAFIDZAH
• NURIN JAZLINA
• UMAYRAH
• NUR MAISARAH

4. PEREMPUAN (bawah 15)
• BATRISYA
• NUR ADIENA HUSNA
• RIF’AH
• NUR FATIHAH NABILA

Pasukan merentas desa Sekolah Kiblah telah diiringi oleh dua orang guru pengiring, iaitu Ustazah Nur Hasmina bt Mat yang bertindak sebagai Pengurus Pasukan dan Ustazah A'isyah Nurzahrah Mohd Ruszat sebagai Jurulatih pasukan ini.

Murid – murid telah bergerak ke SMK Pantai Sepang Putra dengan menaiki van yang dipandu oleh En Ramlan iaitu salah seorang staf Sekolah Kiblah. Pendaftaran telah dijalankan awal sehari sebelum pertandingan sebenar pada Januari 23, 2018, iaitu pada hari para peserta dikehendaki melihat laluan merentas desa. Pada pagi Januari 24, 2018, iaitu kira – kira pada jam 9.00 pagi, setibanya di SMK Pantai Sepang Putra, pertandingan dimulakan dengan para peserta dilepaskan untuk membuat larian mengikut kategori masing – masing. Kategori LELAKI (bawah 18) dilepaskan terlebih dahulu berikutan larian yang perlu dilengkapkan oleh para peserta mengambil jarak sejauh 8 KM. Bagi kategori – kategori lain seperti LELAKI (bawah 15), PEREMPUAN (bawah 18), dan PEREMPUAN (bawah 15), jarak yang perlu ditamatkan oleh para peserta adalah sejauh 6 KM sahaja.

Pertandingan tamat pada jam 10.45 pagi, apabila semua peserta dari semua kategori berjaya menamatkan larian masing – masing setelah sampai ke garisan penamat iaitu di kawasan perkarangan SMK Pantai Sepang Putra. Kira – kira pada jam 11.45 pagi, acara penyampaian hadiah telah dilangsungkan di dewan utama SMK Pantai Sepang Putra. Berikutan dengan itu, pengumuman nama – nama pelari yang akan mewakili daerah Sepang ke peringkat negeri telah dilakukan di akhir acara penyampaian hadiah tersebut.

Pada tahun ini, para pelari dari Sekolah Kiblah tidak berjaya mendapat tempat yang melayakkan mereka menerima sebarang pingat dan hadiah. Walaupun begitu, kesungguhan dan ketekunan yang berterusan oleh setiap pelari Sekolah Kiblah dalam usaha yang mereka tunjukkan semasa menjalani latihan merentas desa adalah sesuatu yang sangat membanggakan dan mengharukan bagi pihak sekolah. Pihak sekolah berharap agar perkara ini mampu menjadi satu inspirasi kepada setiap pelari termasuk murid – murid yang lain untuk sentiasa mencuba dan bersungguh – sungguh dalam setiap perkara yang dilakukan sama ada dalam bidang kokurikulum mahu pun bidang akademik.

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG MAC 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00