MAJLIS APRESIASI KEPIMPINAN PELAJAR 2018 : Pada hari Jumaat 12 Oktober 2018 Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Tarbiyah & Penghayatan Islam ini telah mengadakan Majlis Apresiasi Kepimpinan Pelajar di Dewan Utama Sekolah Kiblah. Majlis berlangsung dengan begitu meriah bermula jam 8.30 hingga 11.00 pagi dan dihadiri oleh semua warga Kiblah dan tetamu jemputan Tuan YDP KIBG Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Shahrin bin Awaluddin sebagai perasmi. Turut hadir ialah ALP Sekolah dan Maahad Tahfiz, Tn Hj Thaha Mohd Yusuf.

ACARA SEPAK TAKRAW MSSD SEPANG 2018 : Alhamdulillah Kiblah sekali lagi melakar sejarah dan mencipta rekod baru pada tahun ini dalam kejohanan sepak takraw MSSD Sepang yg berlansung di SMK Cyberjaya pada hari Selasa 23 Jan 2018. Kiblah telah menghantar 2 regu bagi kategori bawah 18 tahun ini.

MERENTAS DESA MSSD SEPANG 2018 : Satu acara merentas desa di peringkat MSSD telah dijalankan pada Januari 24, 2018 bersamaan hari rabu yang lalu. Acara tersebut telah melibatkan murid – murid yang datang dari sekolah – sekolah di dalam daerah Sepang. Antara kategori – kategori yang dipertandingkan ialah LELAKI (bawah 18), LELAKI (bawah 15), PEREMPUAN (bawah 18), PEREMPUAN (bawah 15), LELAKI (bawah 12), PEREMPUAN (bawah 12), SEKOLAH MENENGAH (khas), dan SEKOLAH RENDAH (khas).

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00