PROGRAM CAKNA SOLAT 1.0 : Alhamdulillah telah berlangsung program Cakna Solat 1.0 pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 12 Januari 2019. Program ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan sasarannya pelajar Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Program ini merupakan kerjasama antara  Jabatan Kurikulum Yakin dan Jabatan Tarbiyah dan Penghayatan Islam. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli. Beliau merupakan seorang penuntut Master di UIAM dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah.

Semoga program ini dapat meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar melalui penjagaan amalan solat fardhu. Hal ini sejajar dengan firman Allah Taala dalam surah Al-Ankabut, ayat 45, yang bermaksud "..... Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar"

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( OGOS 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00