KURSUS HAJI DAN UMRAH : Alhamdulillah pada hari Selasa 9 Oktober 2018 Jabatan KY di bawah Unit Panitia Syariah telah berjaya menganjurkan kursus umrah dan haji bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 4 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Antara tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk melengkapkan kefahaman silibus Feqah ting 3 dan subjek Syariah tingkatan 4 disamping memberi pengalaman kepada pelajar tentang mansik umrah dan haji Rasullullah s.a.w yg betul. Selain itu, ianya memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang amali dan ibadat haji dan umrah Rasulullah saw.

Pihak sekolah telah telah menjemput syarikar Eiman Travel, satu syarikat berpengalaman mengendalikan urusan haji dan umrah. Mereka telah mengahntar seorang mutawwif / penceramah berpengalaman mereka iaitu Ustaz Syahmi Musa. Beliau adalah seorang mutawwif yang sangat berpengalaman dalam bidang ini dan sudah pun sekelian lama membawa jemaah haji dan umrah ke tanah suci. Yang lebih menariknya beliau  adalah salah seorang bekas pelajar Sekolah Kiblah pada suatu ketika dahulu.

Semoga pelajar-pelajar dapat menimba pengalaman manis ini sebaik mungkin dan seterusnya dapat mengamalkannya suatu hari nanti jika diizinkan Allah untuk menunaikan haji dan umarah di tanah suci Makkah. Aaminnn.

 

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00