PROGRAM CAKNA SOLAT 1.0 : Alhamdulillah telah berlangsung program Cakna Solat 1.0 pada hari Sabtu yang lalu bersamaan 12 Januari 2019. Program ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 11.30 pagi dengan sasarannya pelajar Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Program ini merupakan kerjasama antara  Jabatan Kurikulum Yakin dan Jabatan Tarbiyah dan Penghayatan Islam. Penceramah yang dijemput ialah Ustaz Mohd Masri Mohd Ramli. Beliau merupakan seorang penuntut Master di UIAM dalam bidang al-Quran dan al-Sunnah.

KURSUS HAJI DAN UMRAH : Alhamdulillah pada hari Selasa 9 Oktober 2018 Jabatan KY di bawah Unit Panitia Syariah telah berjaya menganjurkan kursus umrah dan haji bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 & 4 Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah. Antara tujuan kursus ini dianjurkan adalah untuk melengkapkan kefahaman silibus Feqah ting 3 dan subjek Syariah tingkatan 4 disamping memberi pengalaman kepada pelajar tentang mansik umrah dan haji Rasullullah s.a.w yg betul. Selain itu, ianya memberikan satu gambaran yang lebih jelas tentang amali dan ibadat haji dan umrah Rasulullah saw.

PROGRAM AMALI SEMBELIHAN

11 Mac 2017, Sabtu. Jabatan Kurikulum Yakin ( KY) di bawah Panitia Syriah, Ust Mohd Nur Mokhtar telah menganjurkan Program Amali Sembelihan untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4. Seramai 55 orang yang menyertai program ini terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Program ini bertujuan memberi pengalaman kepada para pelajar secara amali menyembelih binatang dengan cara yang betul dan mengikuti sunnah yang telah diajarkan oleh Baginda SAW selain belajar secara teori di dalam kelas.

KALENDAR AKTIVITI SEKOLAH & MAAHAD TAHFIZ KIBLAH ( APRIL 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00