MAJLIS GRADUASI & RESTU ILMU SPM 2018 :  Sabtu 10 Nov. 2018 telah berlangsung majlis gilang gemilang ini telah di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Majlis yang sungguh bermakna ini telah di rasmikan oleh YDP KIBG, Tn Hj. Shahrin B. Awaludin dan turut dihadiri oleh Tn Hj. Fahimi B. Fisal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) beserta isteri. 

Dewan yang boleh memuatkan 250 orang ini penuh sesak dengan kehadiran ibubapa dan penjaga calon-calon SPM 2018. Disamping meraikan anak-anak tingkatan 5 ini yang akan menamatkan pengajian mereka di Sekolah Kiblah, majlis ini juga merupakan suntikan akhir bagi meningkatkan motivasi diri setiap graduan dalam menghadapi SPM yang akan bermula pada 13 Nov. 2018. Restu ibubapa serta penjaga juga warga pendidik turut dipohon dalam mengiringi langkah mereka ke dewan peperiksaan nanti. Bersama kita mendoakan kejayaan anak-anak Kiblah ini.

MEMUGAR MODAL INSAN TERBILANG

# lihat lagi foto Majlis Graduasi SPM 2018

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG NOVEMBER & DISEMBER 2018 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00