PELANCARAN MAKTABAH IBNU AL QOYYIM AL JAUZIYYAH : 7 Ogos 2017 – Majlis perasmian perpustakaan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah disempurnakan oleh Tn Hj Thaha Mohd Yusuf, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah bertempat di dataran Sekolah Kiblah. Bertemakan Perpustakaan Pencetus Generasi Ilmuan, perpustakaan Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah telah di berikan nama, Maktabah Ibnu Qayyim Al-Jauziyah bersempena nama tokoh Islam yang telah banyak menghasilkan penulisan dalam pelbagai sudut ilmu.

Turut diraikan juga semua Exco Tertinggi Pustakawan (EXTEP) yang telah dilantik secara rasmi dengan penyerahan watikah perlantikan oleh yang berbahagia Tn. Hj. Thaha Mohd Yusuf. Beberapa aktiviti turut dijalankan selama 2 hari antaranya:

- Jualan buku Mobile Book Café
- Bengkel Haiku
- Blind Date With A Book
- Jualan Cenderamata Pustakawan
- Booth Kaligrafi Khat
- Seminggu Bersama Buku
- 5 Minute Silent Mode

Tahniah buat semua yang telah menjayakan majlis ini terutama buat Ustazah Zulaikho Ramli (Guru Pusat Sumber) yang telah bertungkus-lumus merealisasikan penubuhan Maktabah Ibnu Qayyim Al-Jauziyah yang bakal menjadi satu lagi mercu tanda buat Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah.

Sila KLIK untuk lihat lagi foto-foto menarik.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00