PERKHEMAHAN ILMU ( 1 ) 2017 : 25 – 28 Ogos 2017 – Perkhemahan Ilmu (I) yang diadakan sempena cuti ini telah berlangsung dengan jayanya. Program berbentuk akademik menjurus kepada pendedahan teknik-teknik menjawab soalan telah disertai oleh calon-calon PT3 dan SPM Sekolah Kiblah seramai 129 peserta.

Kem tiga hari ini mengariskan tiga objektif utama:

  1. Memberi pendedahan kepada para peserta kaedah juga teknik menjawab terkini setiap mata pelajaran di peringkat SPM dan PT3.
  2. Meningkatkan motivasi dalam meraih kecemerlangan akademik bagi setiap individu serta mengenal erti perjuangan mereka yang sebenar juga menghargai pengorbanan ibubapa dan guru-guru.
  3. Menyuntik semangat ukhuwah, kerjasama, bantu membantu serta meraih kejayaan bersama antara pelajar.

Kem tiga hari ini juga melibatkan 10 orang guru-guru jemputan dari luar Kiblah dan juga guru-guru Kiblah sendiri seramai 11 orang. Program juga dibantu oleh guru-guru PT3 dan SPM yang turut bersemangat dalam membantu anak-anak didik masing-masing. Pelbagai pihak juga telah menyumbang keperluan dan peruntukan kewangan yang diperlukan dalam menjayakan program ini. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak pengurusan Sekolah Kiblah, KIBG Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah serta ibubapa yang telah menghulurkan pelbagai sumbangan sehingga tercapainya hasrat menjadikan Perkhemahan Ilmu (I) ini satu program yang amat bermanafaat buat calon-calon PT3 dan SPM 2017. Kolaborasi antara pelbagai pihak semestinya wujud dalam melihat kejayaan anak-anak didik Sekolah Kiblah dan kami seluruh warga Kiblah senantiasa mendoakan kejayaan semua. Tahniah dan terima kasih buat urusetia program. Syabas buat semua !!

Sila lihat lagi foto-foto menarik dengan KLIK di sini 

 

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG SEPTEMBER 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00