MAJLIS GRADUASI & RESTU ILMU SPM 2018 :  Sabtu 10 Nov. 2018 telah berlangsung majlis gilang gemilang ini telah di Dewan Reka Bentuk, Fakulti Rekabentuk & Senibina, Universiti Putra Malaysia bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Majlis yang sungguh bermakna ini telah di rasmikan oleh YDP KIBG, Tn Hj. Shahrin B. Awaludin dan turut dihadiri oleh Tn Hj. Fahimi B. Fisal, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Nusantara ( YAKIN ) beserta isteri. 

Write comment (0 Comments)

SEMINAR PT3 BERITA HARIAN : 8 – 29 Julai 2018 : Seramai 51 orang calon-calon PT3 2018 telah menyertai Seminar PT3 anjuran Berita Harian di Institut Genom Malaysia, Bangi, Selangor. Objektif penyertaan adalah:

  • Mempersiapkan diri pelajar dalam menghadapi PT3 2018.
  • Menyuntik semangat ingin meraih kecemerlangan dalam akademik
  • Membina keyakinan diri dalam menghadapi peperiksaan

Write comment (0 Comments)

PERKAMPUNGAN ILMU EDISI II : telah diadakan pada 13 – 16 Oktober 2017. Perkhemahan 4 hari ini adalah satu pendekatan Jabatan KSSM Sekolah Kiblah dalam usaha meningkatkan kecemerlangan akademik calon-calon SPM 2017. Seramai 50 orang peserta mengikuti perkhemahan ini yang menekankan kepada latih-tubi soalan-soalan berbentuk peperiksaan sebenar. Penceramah jemputan luar juga guru-guru cemerlang Sekolah Kiblah turut mengendalikan bengkel-bengkel menjawab soalan yang menekankan kepada teknik-teknik menjawab. Bentuk-bentuk soalan KBAT juga diberikan penekanan bagi melatih para peserta agar lebih bersedia mendepani soalan-soalan yang sedemikian.

Write comment (0 Comments)
KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( JANUARI 2019 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00