LAWATAN MUHIBBAH KE HOME OF HOPE

23 Februari 2017 - Rombongan lawatan diketuai oleh Tn Pengarah Urusan, Ustaz Ismail Omar serta salah seorang Ahli Lembaga Pengelola Sekolah dan Maahad Tahfiz Kiblah, Tn Hj Thaha Mohd Yusuf beserta beberapa orang guru kanan telah mengadakan lawatan ke Home of Hope kelolaan Pertubuhan Al Khadeem di Kota Kemuning. Lawatan balas ini diadakan selepas satu lawatan daripada pihak Home of Hope ke Sekolah Kiblah pada minggu yang lalu. Perbincangan diadakan dalam usaha menjalinkan kerjasama dari pelbagai

KURSUS GURU - BIMBINGAN DAN MENTORING

25 Februari 2017 - Bengkel yang melibatkan semua guru di Sekolah Kiblah berlangsung dari jam 8.00 pg hingga jam 5.00 ptg. Bengkel ini merupakan kerjasama pihak Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Kiblah dengan Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam dalam rangka meningkatkan kompetensi para pendidik Sekolah Kiblah. Enam orang fasilitator dari UiTM terdiri dari Prof Madya Hjh Zaiton Ahmad, En. Muhamad Furkan Mat Salleh, Pn. Hamimah Hashim, Pn. Fatin Aliana Mohd

PROGRAM MENJULANG HARAPAN

Program Menjulang Harapan berlangsung dengan jayanya pada 11 Februari 2017 bertempat di Dewan Utama Sekolah Kiblah dari jam 9.00 pg hingga jam 12.00 tgh. Program disertai oleh 120 orang calon-calon PT3 dan SPM 2017. Sempena program ini juga semua calon telah menandatangani Akur Janji bagi menyatakan komitmen semua untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam meraih serta "menjulang harapan" mereka untuk kecemerlang akademik. Terselah semangat dan azam yang di raut wajah masing untuk terus berjaya dalam pelajaran.

TIPS MATEMATIK DAN SAINS PT3

Pada 11 Februari 2017, IQ Works, sebuah syarikat motivasi, telah diberikan ruang oleh pihak Sekolah Kiblah untuk memberikan tips-tips dalam menjawab soalan-soalan Matematik dan Sains PT3. Sesi ini diberikan secara percuma kepada pelajar-pelajar Kiblah dan berlangsung selama satu jam di Bilik Seminar Sekolah Kiblah. Sesi dihadiri oleh semua calon-calon PT3 2017 bermula dari jam 12.00 tgh hingga jam 1.00 tgh. Sesi diselia oleh Timbalan Ketua Jabatan KSSM, Cikgu Mohd HaziqMusa serta Ketua Jabatan KSSM, Cikgu Zulkefly Othman.

KALENDAR AKTIVITI KIBLAH ( SEPANJANG OKT, NOV & DIS 2017 )
0000-00-00:
Item Title of Your event
Tarikh Kemaskini: 0000-00-00 00:00